Pages

Tuesday 24 May 2011

Assalamualaikum W.B.T~

Tazkirah Remaja. (Bersama Datuk Mohd Zawawi Yusoh)
Jumaat, 20 Mei 2011.

Cara Nabi jaga kesihatan diri.

Bagaimanakah cara hidup yang diamalkan Rasulullah SAW yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.
Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna Nabi terhindar daripada penyakit, tetapi Baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali sahaja.
Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.
Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:


Selalu bangun sebelum subuh.
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini member hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang beik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuat akal fikiran.


Aktif menjaga kebersihan.
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)


Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan

~Wallahualam Bissawab~

No comments:

Post a Comment